IT merupakan bidang yang luas dan meliputi semua bentuk teknologi yang digunakan untuk mencipta, memproses, menyimpan, dan menggunakan maklumat dalam pelbagai bentuk.
IT adalah satu bidang yang berkembang pesat. Ia mengubah dunia secara radikal dengan memperkenalkan pelbagai cara baru menjalankan perniagaan, membuat kerja, mengurus hiburan dan mencipta seni.
Peluang pekerjaan dalam bidang ini banyak dan boleh dikatakan cerah kerana penggunaan komputer secara berleluasa. Mereka yang menceburkan diri dalam bidang IT diberi pelbagai gelaran bergantung kepada bidang kepakaran serta pengkhususan mereka: pengaturcara penngunaan; penganalisis sistem (syatem analyst); pakar grafik dan multimedia; pereka bentuk laman web (web desginer); dan penganalisis komunikasi data.
Mereka yang berkelayakan IT berupaya mendapat gaji yang lebih lumayan sekiranya memiliki satu kelayakan profesional - Microsoft Certified Professional (MCP).

Wednesday, 21 December 2011

PENGATUR PROGRAM KOMPUTER (PPK)

Perkakas komputer tidak dapat beroperasi tanpa perisian. Perisian komputer terdiri daripada program-program komputer. Program komputer ini ditulis oleh pengatur program komputer. Pengatur program komputer menulis program dalam bahasa tertentu yang sintaksis dan logiknya dapat difahami oleh komputer bagi melaksanakan arahan yang diberikan. Antara bahasa-bahasa program komputer termasuklah BASIC, C++, Java, COBOL, Fortran dan sebagainya.

*google image

KETERANGAN TUGAS 
Pengatur program komputer menerima arahan berbentuk spesifikasi program bagi menterjemahkan keperluan pengguna ke dalam bahasa yang difahami oleh komputer. Hasil daripada kompilasi ini, komputer memberikan keputusan sama ada program yang ditulis itu terdapat ralat ataupun sebaliknya. PPK perlu membetulkan semua ralat yang dapat dikesan sebelum mengkompil semua program tersebut. Program yang tidak mempunyai ralat dapat dijana bagi mengarahkan komputer melaksanakan arahan yang ditulis dalam program tersebut. Sebelum sesebuah program dapat diguna pakai, PPK perlu mengujinya terlebih dahulu menggunakan data ujian ataupun data sample. Semasa program menulis ini juga, PPK perlu membuat dokumentasi terhadap program yang ditulis. Sebaik-baiknya, apabila sesebuah program siap ditulis, diuji dan digunakan, dokumentasi program juga disiapkan dengan sempurna. Dokumtasi program ini juga perlu disertakan dengan carta aliran proses dan juga kod program tersebut.

PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DALAM BIDANG INI
  1. Pengatur Program Komputer
  2. Pengatur Program Komunikasi
  3. Pengatur Program Pangkalan Data
  4. Pengatur Program Sistem
  5. Pengatur Program Analisis
  6. Pengatur Program Multimedia

KELULUSAN
Minimum : Diploma Sains Komputer

*google image


GAJI DAN FAEDAH LAIN-LAIN
Dalam sektor awam, seseorang pengatur program komputer ataupun yang setaraf dengannya mendapat gaji pokok di antara RM 1544.86 hingga RM 5121.51.

PROSPEK KERJAYA
Pengatur Program Komputer dapat meningkatkan dirri ke jawatan Perancangan Sistem ataupun Juruanalisa Sistem dan Pengurus Bahagian Komputer. Terdapat peluang pekerjaan di syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam.


*sumber
i)  http://doktorkerjaya.blogspot.com
ii) Buku Kerjaya Dalam Bidang ICT, Muhamad bin Ali
iii)http://books.google.com.my

1 comment:

  1. Salam.

    Bahagian Kelulusan tu, boleh tambah perkataan=> minimum: Diploma Sains Komputer.

    ReplyDelete