*google image |
KETERANGAN TUGAS
Pengatur program komputer menerima arahan berbentuk spesifikasi program bagi menterjemahkan keperluan pengguna ke dalam bahasa yang difahami oleh komputer. Hasil daripada kompilasi ini, komputer memberikan keputusan sama ada program yang ditulis itu terdapat ralat ataupun sebaliknya. PPK perlu membetulkan semua ralat yang dapat dikesan sebelum mengkompil semua program tersebut. Program yang tidak mempunyai ralat dapat dijana bagi mengarahkan komputer melaksanakan arahan yang ditulis dalam program tersebut. Sebelum sesebuah program dapat diguna pakai, PPK perlu mengujinya terlebih dahulu menggunakan data ujian ataupun data sample. Semasa program menulis ini juga, PPK perlu membuat dokumentasi terhadap program yang ditulis. Sebaik-baiknya, apabila sesebuah program siap ditulis, diuji dan digunakan, dokumentasi program juga disiapkan dengan sempurna. Dokumtasi program ini juga perlu disertakan dengan carta aliran proses dan juga kod program tersebut.
PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DALAM BIDANG INI
- Pengatur Program Komputer
- Pengatur Program Komunikasi
- Pengatur Program Pangkalan Data
- Pengatur Program Sistem
- Pengatur Program Analisis
- Pengatur Program Multimedia
KELULUSAN
Minimum : Diploma Sains Komputer
*google image |
Dalam sektor awam, seseorang pengatur program komputer ataupun yang setaraf dengannya mendapat gaji pokok di antara RM 1544.86 hingga RM 5121.51.
PROSPEK KERJAYA
Pengatur Program Komputer dapat meningkatkan dirri ke jawatan Perancangan Sistem ataupun Juruanalisa Sistem dan Pengurus Bahagian Komputer. Terdapat peluang pekerjaan di syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam.
*sumber
i) http://doktorkerjaya.blogspot.com
ii) Buku Kerjaya Dalam Bidang ICT, Muhamad bin Ali
iii)http://books.google.com.my